fbpx

Harga RON95, RON97, diesel kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM2.73 seliter bagi tempoh bermula tengah malam ini hingga 22 September depan.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit petrol RON95 juga kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Katanya, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, kerajaan mengekalkan harga runcit RON95 dan diesel buat masa ini,” katanya hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI