fbpx

Dua premis dikompaun RM1,000, buang sampah secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sampah berupa pelitup muka dan peralatan perubatan dikesan dibuang di siar kaki berhadapan premis berkenaan.

PETALING JAYA – Tindakan dua premis membuang sampah secara haram di lokasi yang tidak dibenarkan mengundang padah apabila kedua-duanya dikompaun RM1,000 oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.

MBPJ dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua premis terbabit merupakan sebuah klinik kecantikan dan sebuah rumah ibadat yang beroperasi di dua lokasi berasingan di daerah ini.

“Petugas MBPJ telah berjaya mengesan dan mengambil tindakan terhadap dua premis itu kerana melakukan kesalahan pembuangan sampah haram.

“Hasil siasatan mendapati klinik terbabit telah meletakkan sampah di siar kaki, iaitu berhadapan premis manakala pemilik rumah ibadat pula dikesan membuang sampah haram berhampiran padang bola,” ujarnya hari ini.

Menurut MBPJ, berikutan tindakan itu, kedua-dua premis dikenakan kompaun RM1,000 mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan & Pelupusan Sampah Sarap (MBPJ) 2007.

“Pihak majlis juga telah mengarahkan premis yang terlibat untuk membersihkan semula sampah yang telah dibuang, mereka juga diberikan amaran keras agar tidak mengulangi perbuatan itu,” ujarnya.

MBPJ turut menyeru orang awam agar mengambil sikap peduli terhadap kepentingan kebersihan alam sekitar dan tidak sesekali membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya.

Laporkan segera kepada majlis atau penguatkuasa sekiranya terlihat aktiviti pembuangan sampah haram yang dilakukan pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menghubungi 03-79542020 (Hotline) atau 03-79551804 (faks) atau emel ke [email protected]. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI