fbpx

Warga emas mati mengejut di kaunter JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga emas ditemui tidak sedarkan diri di kaunter JPJ di sini.

KAJANG – Seorang lelaki warga emas ditemui tidak sedarkan diri di kerusi tempat menunggu di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) cawangan Bangi di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada seorang individu pada pukul 10.21 pagi.

“Mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 76 tahun dan ditemui tidak sedarkan diri di kerusi tempat menunggu di kaunter JPJ berkenaan.

“Ambulans telah dihubungi dan pegawai kesihatan telah mengesahkan kematian warga emas terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Zaid memberitahu, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran untuk memberi maklumat,” jelasnya. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI