fbpx

Kriti Sanon beli kereta RM1.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRITI SANON

KARIER aktres Kriti Sanon sedang berada di puncak dengan deretan naskhah hangat seperti filem Mimi yang mencipta fenomena baru-baru ini.

Keadaan tersebut sekali gus membuatkan dirinya mampu membeli sebuah kereta mewah Mercedes Maybach GLS 600.

Hindustan Times melaporkan, Kriti dilihat memandu kereta mewah tersebut ketika hadir ke lokasi penggambaran sebuah filem baharu arahan pengarah Dinesh Vijan.

“Kereta ini sangat selesa dan boleh memuatkan banyak barang,” katanya. Sebelum Kriti, dua lagi pelakon iaitu Ranveer Singh dan Arjun Kapoor turut dilaporkan membeli kereta jenis tersebut yang dianggarkan bernilai 24.3 juta kror (RM1.3 juta).

Difahamkan, model kereta dibeli Kriti antara kenderaan utiliti sukan (SUV) paling mahal di dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI