fbpx

Jangan kurang ajar – Alif Satar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alif dan isterinya Sha.

PETALING JAYA – Penyanyi dan juga pelakon Alif Satar tampil membalas komen seorang netizen yang dianggap biadab selepas meninggalkan kenyataan tidak enak kepada isterinya, Sha Dila Hadid dalam Instagram.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam platform tersebut, Alif berkongsi sekeping gambar swafoto bersama Sha ketika berada dalam kereta.

“Bila dah lama tidak berbasikal dan berlari dari Putrajaya ke KLIA, tona warna kulit saya dan sama seperti isteri (semakin cerah). Macam mana ni?” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, tidak semena-mena, seorang wanita telah meninggalkan komen seolah-olah mengatakan bahawa wajah isteri kepada penyanyi itu kelihatan tidak cantik apabila mengambil gambar dengan aksi memuncungkan bibir (duck face).

“Kenapa bini buat mucung macam itik? Tak lawa,” komen seorang pengguna Instagram.

Tidak hanya berdiam diri, penyanyi yang popular menerusi lagu Jangan Nakal itu kemudiannya membalas komen tersebut dengan menegur supaya individu terbabit tidak berkelakuan biadab.

“Jangan kurang ajar,” kata Alif ringkas.

Komen berunsur kutukan itu turut mendapat respond daripada pengguna Instagram lain apabila rata-rata mengecam tindakan wanita tersebut yang dianggap keterlaluan.

“Tidak ada benda baik nak komen, jangan komen,” kata seorang pengguna Instagram.

“Cuba akak buat muncung itik. Mesti tak lawa juga,” komen seorang lagi netizen.

Sekadar info, Alif mendirikan rumah tangga bersama Sha Dila pada September 2014 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 6, Ariana Mecca, 4 dan Muhammad ‘Ali, 2. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI