fbpx

Isu ‘mangkuk’ hangatkan Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah ketika berucap di Dewan Rakyat sebentar tadi.

PETALING JAYA- Persidangan Dewan Rakyat pagi ini dihangatkan dengan isu ‘mangkuk’ apabila Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dilihat mengeluarkan perkataan itu bagi menggambarkan perasaan tidak puas hatinya.

Perkataan ‘mangkuk’ yang boleh diterjemahkan sebagai satu tindakan ‘tidak betul’ dalam loghat utara itu dikeluarkan selepas Mahfuz kurang berpuas hati dengan jawapan balas diberikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Kalau benar masuk, tidak berlaku perhimpunan. Kami nak pergi ambil barang, apa punya mangkuk,” kata Mahfuz ketika Hamzah berucap di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Hamzah berucap memberi penjelasan berhubung kompaun yang dikenakan kepada Ahli Parlimen ketika berhimpun di Dataran Merdeka bulan lalu.

Sementara itu, Mahfuz turut diminta menarik balik kenyataan itu berikutan disifatkan melanggar peraturan Dewan Rakyat susulan mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI