fbpx

Ayash Affan dah boleh balik rumah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuib memberitahu anak bongsunya, Ayash dibenarkan pulang hari ini.

PETALING JAYA – Hampir sebulan berada dalam wad, anak bongsu pelawak Shuib Sepahtu bersama Allahyarham Siti Sarah, Ayash Affan akhirnya dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Lebih manis, berita tersebut diterimanya sehari sebelum hari ulang tahun arwah Siti Sarah yang ke-37 esok.

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Hadiah hari jadi ibu (Siti Sarah) esok (15 September).

“Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan hari ini, syukur Ya Allah. Terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan Ayash,” tulisya dalam InstaStory sebentar tadi.

Terdahulu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkongsi berita gembira apabila dibenarkan berjumpa Ayash selaam tiga jam selepas sebulan bayi itu dilahirkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur.

Kosmo! pada 25 Ogos lalu melaporkan Shuib memberitahu Ayash yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan daripada inkubator di HCTM UKM dan dijangka dibenarkan dibawa pulang pada bulan ini.

Selain itu, Ayash juga telah diberi susu badan oleh ibu susuannya iaitu sepupu Shuib.

Ayash dilahirkan secara pembedahan tiga hari sebelum Siti Sarah menghembuskan nafas terakhirnya pada 9 Ogos lalu akibat Covid-19.

Dalam pada itu, Shuib turut menyifatkan ulang tahun ke-37 tahun ini sebagai tarikh yang luar biasa biarpun sambutannya tidak seperti tahun-tahun sebelumnya memandangkan tarikh kelahiran mereka hanya berselang tiga hari.

Tarikh ulang tahun kelahiran Shuib pada 12 September manakala Sarah pula pada 15 September.

Shuib dan Sarah yang mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Pasangan itu dikuniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI