fbpx

Rekod trending lagu solo Lisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA

“INILAH ratu kami!” Demikian laung peminat penyanyi terkenal Lisa atas pencapaian luar biasanya meraih jumlah tontonan pecah rekod bagi video muzik rasmi debut solo, Lalisa.

Lisa menamatkan penantian panjang peminat untuk menyaksikan debut solonya apabila melancarkan album single perdana berjudul LALISA dengan trek pertama berjudul sama.

Dalam tempoh 24 jam selepas dilancarkan, video muzik rasmi lagu Lalisa mencatat rekod sebanyak lebih 70.3 juta tontonan menerusi YouTube selain berada di kedudukan nombor satu trending.

Meskipun belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan daripada YouTube, namun peminat yakin penyanyi kesayangan mereka itu mencipta rekod baharu apabila mencatat tontonan paling tinggi bagi kategori penyanyi solo.

Sehingga 12 September, video muzik berkenaan yang turut memaparkan Lisa mengenakan busana tradisional Thailand berwarna kuning keemasan dalam salah satu babak meningkat kepada lebih 100 juta tontonan.

Keterujaan peminat berganda apabila pencapaian Lisa sekali gus menepis rekod yang pernah dipegang penyanyi terkenal antarabangsa Taylor Swift menerusi lagu ME! pada 2019.

Pada ketika itu, lagu yang menampilkan Swift berkolaborasi dengan Brendon Urie daripada Panic! at the Disco berkenaan mencatat jumlah tontonan sebanyak 65.2 juta dalam YouTube.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI