fbpx

Zaquan gembira lunas janji bantu NSFC naik ke Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAQUAN Adha (kiri) mengakui puas dapat membantu skuad NSFC untuk mencapai sasaran naik ke Liga Super pada musim depan.

KAPTEN pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC), Zaquan Adha Abdul Radzak menyifatkan kejayaan merampas carta Liga Premier sebagai bukti rakan sepasukan yang mampu bangkit selepas bergelut dengan prestasi bulan lalu.

Sebagai rekod, skuad Hobin Jang Hobin kini semakin hampir menjulang trofi Liga Premier selepas menewaskan Sarawak United 1-0 pada Jumaat lalu sekali­ gus memiliki kelebihan satu mata ketika saingan berbaki satu perlawanan.

Kata Zaquan, semangat juang yang dipamerkan oleh barisan pemain sangat jitu tetapi pada masa sama tidak boleh terlalu gembira kerana apa sahaja boleh berlaku dalam perlawanan ter­akhir nanti.

“Kemenangan ke atas Sarawak United amat bermakna kerana selepas kalah dengan Kelantan, kami telah berjanji akan berjuang sehingga ke penghabisan biarpun sasaran untuk layak ke Liga Super telah tercapai.

“Saya harus berterima kasih kepada rakan-rakan kerana be­kerja keras hingga minit terakhir walaupun tahap kami mungkin begitu berbeza dengan pemain Sarawak United yang mempu­nyai kualiti Liga Super,” katanya.

Sementara itu, bekas pe­nyerang skuad Harimau Malaya itu turut mengakui puas apabila dapat menunaikan janji peri­badinya untuk menaikkan martabat NSFC selepas berhijrah dari kelab Kedah Darul Aman (KDA FC) awal tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI