fbpx

Wang RM5.9 juta bukan hasil aktiviti haram – peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) keluar dari Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas selesai perbicaraan.

KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pembelian dua lot banglo bernilai RM5.9 juta menerusi Yayasan Akalbudi milik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bukan hasil daripada kegiatan aktiviti haram.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid berkata, ini kerana wang RM5.9 juta tersebut adalah sumbangan daripada dua ahli perniagaan iaitu Junaith Asharab yang merupakan saksi pendakwaan ke-36 dan Mubarak Hussain Akhtar Husin yang juga saksi pendakwaan ke-62.

“Justeru pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa RM5.9 juta adalah hasil aktiviti haram.
Penyumbang ini (wang daripada saksi 36 dan 62) datang ke mahkamah dan keterangan mereka membuktikan bahawa tidak ada unsur rasuah,” kata peguam tersebut.

Menurut peguam itu, selain pemberian wang RM5.9 juta untuk banglo tersebut, peguam berkenaan berhujah kedua-dua ahli perniagaan itu turut menderma bagi pembinaan sekolah di Melaka dan pembinaan tahfiz di Bagan Datuk, Perak.

Kedua-dua banglo yang terletak di Country Heights, Kajang berubah menjadi pusat kegiatan keagamaan untuk Yayasan Al-Falah yang merupakan sebuah yayasan amal milik keluarga yang diuruskan adiknya Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Zahid, 69, didakwa 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan itu.

Prosiding berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Squareh bersambung lagi esok. K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI