fbpx

Lelaki kecewa badan isteri tidak cantik selepas berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tersebut menerima kecaman hebat selepas membuat perbandingan tentang rupa paras dan fizikal isterinya selepas berkahwin. – Terkini.id

JAKARTA – Seorang lelaki dikecam netizen kerana membuat perbandingan keadaan  fizikal isterinya semasa sebelum dan selepas mereka berkahwin, malah menganggap  wanita itu kini  tidak cantik, lapor laman berita Suara.com kelmarin.

Lelaki  bernama Irvhan Chandra itu menerusi satu hantaran di akaun TikTok, memaparkan gambar isterinya ketika mereka sedang bercinta dengan keadaan bentuk badannya yang langsing dan berkulit gebu.

Penampilannya juga kelihatan menarik serta sedang tertawa manis.

Bagaimanapun, selepas mereka berkahwin, lelaki itu berkata, isterinya semakin gempal terutamanya ketika hamil.

“Semakin berusia, kelihatan tidak cantik,” tulis lelaki tersebut pada keterangan video itu.

Hantaran tersebut mendapat kritikan hebat daripada netizen dengan ramai yang marah  membaca kenyataan lelaki itu yang menggunakan perkataan tidak cantik (jelek) terhadap isterinya.

“Sebelum berkahwin, isteri kamu cantik kerana dia dijaga oleh ibu bapanya. Selepas berkahwin, terpulang kepada bagaimana seorang suami melayan isterinya,” tulis seorang netizen.

“Kalau begitu, jangan dibiarkan dia mengandung. Biar sahaja dia tetap cantik, jangan punyai anak supaya dia kekal langsing. Jika sudah mempunyai anak, nanti tidak sempat bersolek. Jadi, jangan punyai anak,” sindir seorang pengguna. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN