fbpx

Petugas kesihatan papar komen biadab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar paparan pada laman Facebook Pejabat Kesihatan Daerah Kerian yang dikatakan biadap.

PARIT BUNTAR – Kalau nasib baik,sembuh…nasib tak baik,mati.. setel masalah.

Paparan ayat yang dimuat naik pengendali laman Facebook rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Kerian hari ini mengundang kecaman warga maya yang disifatkan biadab.

Mereka juga melontarkan pelbagai soalan selain ada yang membuat persepsi kemungkinan petugas barisan hadapan di daerah ini makin penat dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Berbagai pandangan bersifat peribadi dilontarkan warga maya pada ruangan komen dan kebanyakannya menganggap paparan itu tidak sepatutnya ditulis.

Aswad Rafaai memberi komen dengan meletakkan tanda pagar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar menegur pengendali halaman itu.

“Kementerian Kesihatan Malaysia tolong pantau anak buah ni…mungkin tertekan perasaan dah sampai tak boleh berfikir relevan (sebaiknya),tolong bagi booster cepat pada admin ni,” luahnya

Pemilik Fb Ajmi AJ pula menyifatkan hantaran itu tidak sepatutnya ditulis sedemikian oleh kakitangan kerajaan.

“Saya rasa ini adalah posting yang tidak sepatutnya dilakukan. Kakitangan kerajaan adalah bekerja dan berkhidmat untuk masyarakat dan rakyat,” ujarnya.

Terdapat juga dalam kalangan pengguna media sosial yang melontarkan perkataan kesat serta mencemuh disebabkan hantaran tersebut dan terdapat juga yang membuat sindiran tajam.

“Kalau nak settle masaalah, bagi dekat ICU tu semua mati laaa…nyawa pun mainan sekarang, sekarang pun kematian makin meningkat…settle habis masaalah, KKM pun tenang boleh cuti takde penat,” ujar Nurul Atikah. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI