fbpx

Video muzik solo Lisa Blackpink terima 10 juta tontonan dalam 2 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lisa mengenakan pakaian tradisional Thailand dalam video klip solo terbaharunya. - YouTube BLACKPINK

SEOUL, KOREA SELATAN – Anggota kumpulan K-pop terkenal Blackpink, Lisa, yang melancarkan video muzik solonya berjaya mencatat rekod apabila mendapat 10 juta tontonan dalam masa hanya 2 jam, lapor laman berita Thaiger News semalam.

Penyanyi kelahiran Buri Ram, Thailand itu melancarkan single solo terbaharunya bertajuk Lalisa yang diambil daripada nama sebenarnya, Lalisa Manoban.

Klip video lagu Lalisa itu merupakan klip video artis wanita K-pop yang paling pantas mendapat tontonan tinggi bagi sepanjang zaman selepas memecahkan rekod 30 juta tontonan dalam masa lima jam 30 minit.

Lisa merupakan anggota ketiga kumpulan Blackpink yang melancarkan single solo. -YouTube BLACPINK

Jumlah tontonan bagi video klip tersebut seterusnya meningkat menjadi 42 juta selepas sembilan jam dan terus meningkat dengan pantas.

Rekod tersebut diumumkan oleh kumpulan penjejak artis pop, World Music Awards selepas lima jam menerusi Twitter.

Lisa ialah artis ketiga dari Blackpink yang mengeluarkan muzik solo dan mendapat perhatian tambahan di Thailand kerana merupakan warganegara Thailand.

Menerusi video tersebut, Lisa memberi penghormatan kepada asal-usulnya dengan mengenakan pakaian tradisional Thailand dalam beberapa babak. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI