fbpx

Panda gergasi Kai Kai ‘dedah’ anak jantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jia Jia (kanan) selamat melahirkan seekor anak panda jantan di zoo River Safari bulan lalu. -AFP

SINGAPURA – Seekor panda gergasi jantan, Kai Kai ‘mendedahkan’ jantina anak panda yang dilahirkan pasangannya dalam satu majlis di zoo River Safari, Singapura, semalam, lapor akhbar The Sun.

Kai Kai dihujani konfeti berwarna biru apabila ia membuka sebuah kotak yang digantung pada sebatang dahan pokok, menandakan bahawa pasangannya, Jia Jia melahirkan seekor anak panda jantan.

Jia Jia melahirkan anak panda itu di zoo River Safari pada bulan lepas.

Kai Kai dihujani konfeti berwarna biru yang menandakan jantina anaknya sebagai jantan. -AFP

Sejurus acara mendedahkan jantina itu, Rizab Hidupan Liar Singapura mempelawa penduduk negara itu untuk menamakan anak panda tersebut.

Sementara itu, dalam acara yang sama, Kai Kai turut membuka hadiah-hadiah yang diberikan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-14. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI