fbpx

Hospital Medan MERCY dibuka di Hospital Kulai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di dalam Hospital Medan MERCY di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai, Johor yang mula beroperasi Sabtu lalu.

JOHOR BAHRU – Sebuah Hospital Medan disediakan di Perkarangan Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI), Kulai bagi menampung keperluan pesakit Covid-19 di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, Hospital Medan yang diwujudkan itu telah mula beroperasi sejak Sabtu lalu.

Beliau berkata, kemudahan tersebut disediakan bagi menampung keperluan di hospital itu setelah menerima limpahan pesakit Covid-19 melebihi kapasiti dalam tempoh empat minggu kebelakangan ini.

Katanya, langkah itu juga diambil selaras dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Negeri Johor selain kapasiti penggunaan katil di HTSMTI yang melebihi 100 peratus.

“Pihak pengurusan hospital telah mendapatkan kerjasama MERCY Malaysia dalam mewujudkan Hospital Medan beserta kelengkapan peralatan operasi yang mampu menempatkan sehingga 50 pesakit pada satu masa.

“Khemah Hospital Medan ini juga yang mempunyai kemudahan bilik air serta mempunyai ventilasi yang bersesuaian untuk menempatkan pesakit yang telah melepasi tahap kritikal Covid-19 sementara menunggu tarikh discaj,” katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI