fbpx

MHC tetap anjur dua kejohanan domestik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MJHL musim ini akan berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan selepas saingan tahun lalu terpaksa dibatalkan ekoran penularan wabak Covid-19.

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) mengumumkan penganjuran Piala Tun Abdul Razak 2021 dan Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) 2021 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan berlangsung mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Saingan Piala Tun Abdul Razak 2021 dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 20 November depan sebelum MJHL 2021 pula membuka tirainya bermula 26 November 2021 hingga 2 Januari 2022.

Bagaimanapun, terdapat perubahan bagi penganjuran MJHL 2021 apabila saingan lelaki sahaja akan dipertandingkan kali ini dengan MHC merancang untuk menganjurkan kategori wanita awal tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan MHC, Datuk Seri Dr. Anil Jeet Singh menjelaskan, MJHL 2021 akan melibatkan pemain berusia 21 tahun ke bawah, namun menetapkan tahap umur 19 tahun ke bawah bagi posisi penjaga gol.

“Matlamat utama penganjuran MJHL untuk mencari bakat-bakat muda yang boleh diketengahkan mewakili pasukan kebangsaan.

“Rasional mengapa ada perbezaan had usia kerana kami ingin mencari penjaga gol muda yang masih boleh diserapkan dalam pasukan kebangsaan.

“Ia juga sebagai persediaan Malaysia bagi menganjurkan Piala Dunia Hoki Remaja 2023. Oleh itu, kami menetapkan penjaga gol haruslah berusia 19 tahun ke bawah,” katanya dalam satu sidang akhbar secara maya hari ini.

Sebagai rekod, saingan MJHL tahun lepas dibatalkan ekoran penularan Covid-19, manakala Piala Tun Abdul Razak 2020 pula berjaya dilangsungkan dengan jayanya tanpa sebarang kes jangkitan melibatkan pemain dan pegawai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI