fbpx

Measat mahu hubungkan 3-5% populasi terakhir di pedalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ganendra pada sesi taklimat media mengenai CONNECTme NOW yang berlangsung secara maya semalam.

PETALING JAYA – Pengendali satelit utama negara, Measat berhasrat untuk menghubungkan tiga hingga lima peratus populasi terakhir di pedalaman yang masih tidak memiliki atau berdepan kesukaran untuk mendapatkan akses internet dengan kemudahan jalur lebar CONNECTme NOW.

Ketua Pegawai Operasinya, Yau Chyong Lim berkata, peratusan tersebut melibatkan kira-kira 1.6 juta penduduk Malaysia.

Jelasnya, Measat berada di posisi terbaik untuk menyediakan kemudahan berkenaan kerana sifat teknologi satelit yang membolehkan penyediaan internet di kawasan pedalaman pada kos lebih rendah berbanding penggunaan jaringan gentian optik atau capaian rangkaian 4G.

“Kami berbangga kerana telah berjaya memasang lebih daripada 2,000 tapak CONNECTme NOW terutamanya di kawasan pedalaman seluruh negara, termasuk 1,183 di Sarawak dan 243 di Sabah bagi menyediakan lebih daripada 200,000 sambu­ngan jalur lebar pada kelajuan 30 megabait sesaat (Mbps).

“Kami berharap untuk me­ningkatkan jumlah tersebut kepada 3,000 tapak dan 300,000 sambungan menjelang hujung tahun serta meningkatkan kelajuan internet kepada 100 Mbps dalam tempoh terdekat,” katanya dalam sesi bersama media secara maya semalam.

Measat merupakan salah satu daripada pengendali satelit terkemuka di Asia Pasifik, dengan pelaburan lebih RM7.6 bilion dalam infrastruktur komunikasi satelit sejak 25 tahun lalu.

Akses internet untuk CONNECTme NOW menggunakan sistem kod prabayar, jadi pengguna tidak akan terikat dengan sebarang kontrak mahupun komitmen bulanan.

Sementara itu, Naib Presiden Bersekutu Measat, Ganendra Selvaraj berkata, setiap tapak CONNECTme NOW secara puratanya menyambungkan internet antara lapan dan sembilan gigabait (GB) sehari atau hampir 300 GB sebulan.

“Menuju ke hadapan, kami berhasrat untuk membawa teknologi ini ke negara jiran untuk menghubungkan penduduk yang tidak mempunyai akses internet di rantau ini,” jelasnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI