PETALING JAYA – Seorang wanita rakyat Malaysia yang dikenali Fila Amir bersama pasangannya yang berasal dari Guinea, Afrika Barat telah menyumbangkan al-Quran kepada anak-anak tahfiz di negara suaminya itu baru-baru ini.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik ke saluran YouTube Mr & Mrs Camara miliknya, dia telah berkongsi kisahnya membeli al-Quran baharu dan membawanya ke madrasah sebelum diserahkan kepada anak-anak tahfiz itu.
Berdasarkan sebuah video berdurasi 11 minit yang dikongsikannya, dia sempat mengelilingi madrasah itu untuk mengetahui serba sedikit mengenai tempat yang masih dalam pembinaan.
Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial telah memuji sikap pasangan itu yang perlu menjadi contoh kepada masyarakat.
“Bertuahnya awak dapat peluang duduk di negara suami dan sama-sama dapat membuat kebajikan untuk masyarakat di sana,” kata Nor Hayati.
“Alhamdulillah, seronok tengok awak dan suami bantu orang di sana, teruskan usaha,” jelas Lyana Saidi.
“Seronoknya awak dapat belajar adat dan budaya di negara orang, selepas itu bersedekah lagi memang terbaik,” ujar Faten Aimen.
Sebelum ini, kisah Fila Amir yang berkahwin dengan seorang lelaki pilihan hati yang berasal dari Guinea, Afrika Barat pernah tular di media sosial. K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














