fbpx

Remaja tertukar semasa bayi tuntut RM14 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Insiden itu berlaku apabila dua bayi yang diletak di dalam inkubator telah diserahkan kepada ibu bapa yang salah. - Google

MADRID, SEPANYOL – Seorang remaja menuntut wang pampasan berjumlah £2.5 juta (RM14 juta) selepas mendapat tahu bahawa dia sebenarnya tertukar dengan seorang bayi lain ketika dilahirkan, lapor stesen penyiaran Sky News, kelmarin.

Remaja yang kini berusia 19 tahun itu telah tertukar ketika ditempatkan di wad bersalin sebuah hospital di wilayah La Rioja pada tahun 2002.

Kejadian dipercayai berlaku apabila dua orang bayi pada ketika itu dilahirkan dengan keadaan kekurangan berat badan dan diletakkan di dalam inkubator.

Ketika pihak hospital mahu menyerahkan semula bayi-bayi itu kepada ibu bapa masing-masing, berlaku kekeliruan dan kedua-duanya telah diberikan kepada keluarga yang salah.

Insiden tersebut bagaimanapun disedari kedua-dua mangsa selepas salah seorang daripada mereka menjalani ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan mendapati bahawa dia bukan anak kandung ibu bapanya.

Salah seorang mangsa kini nekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa kesihatan tempatan.

“Insiden ini berlaku disebabkan kecuaian manusia dan pihak kami belum mengenalpasti siapa yang perlu dipersalahkan.

“Sistem yang digunakan pada waktu itu adalah berbeza dan tidak dikemaskini dalam komputer seperti sekarang,” jelas Ketua Jabatan Kesihatan di wilayah La Rioja, Sara Alba.

Dalam pada itu, Alba turut memberi jaminan bahawa kejadian seperti itu tidak akan berulang di masa hadapan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI