fbpx

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asdanusi Daut dicari polis bagi membantu siasatan berhubung kes dadah. /FOTO IHSAN PDRM

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan kini dikesan polis bagi membantu siasatan berhubung satu kes dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan berkata, lelaki yang sedang dicari dikenali sebagai Asdanusi Daut berusia 44 tahun dan alamat terakhir di Blok 90-19-10, Apartment Putra Ria, Kampung Haji Abdullah Hukum.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Inspektor Zulfadly Syazwan di talian 013-2733045 atau 03-92050357.

“Maklumat juga boleh disalurkan menerusi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/585 atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelas kenyataan itu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI