fbpx

Laman baharu CovidNow papar data lebih telus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Laman web baharu CovidNow yang dilancarkan Kementerian Kesihatan akan memaparkan data utama yang lebih telus, mudah difahami dan boleh diakses oleh masyarakat agar mesej disampaikan lebih baik.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, laman khusus tersebut malah sudahpun boleh dilayari bermula pukul 6 petang semalam menerusi alamat https://covidnow.moh.gov.my/.

“Data harian terkini pula akan mula tersedia selepas pukul 12 tengah malam setiap hari seiring dengan hasrat saya untuk lebih telus dalam perkongsian maklumat yang terbaharu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, kementerian itu memuat naik data berbentuk granular ke dalam aplikasi hos penyedia perisian Internet dimajukan firma ternama GitHub Inc. berpusat di Amerika Syarikat.

Ini termasuk data Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimuat naik oleh pihak Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksinasi (JKJAV) dan sentiasa ditambah baik. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI