fbpx

Kerajaan kaji turunkan harga kit ujian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan akan menyemak semula bagi menurunkan harga kit ujian kendiri Covid-19 menjelang hujung tahun ini untuk kegunaan semua lapisan masyarakat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang meneliti isu tersebut.

“Bagi memperluas usaha pengujian kepada semua masyarakat, KKM sudah mengiktiraf Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen dan meluluskan beberapa kit ujian kendiri Covid-19 yang boleh dibeli orang ramai di farmasi seluruh negara.

“Selain itu, KPDNHEP dan KKM sudah menetapkan harga siling kit ujian ini bawah RM20. Kedua-dua kementerian terbabit akan menyemak semula harga menjelang akhir tahun ini,” katanya dalam ucapan khas ketika Sidang Kemuncak Pelan Pemulihan Negara yang diadakan secara maya, hari ini.

Tambahnya, kerajaan akan memperbaiki Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara berperingkat bagi membantu rakyat menjalani kehidupan dengan Covid-19 sebagai penyakit endemik.

“Penjagaan kesihatan awam amat penting bagi membolehkan sektor lain beroperasi.

“Disebabkan itu, kami tidak akan berkompromi dengan apa yang diperlukan untuk meletakkan perkhidmatan kesihatan awam kita pada kedudukan lebih kukuh, melalui PPN dan kemudian melalui Belanjawan 2022,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI