fbpx

Hatrik Depay bantu Belanda ‘ratah’ Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEPAY (depan) meledak hatrik buat Belanda ketika membelasah Turki 6-1 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 di Amsterdam Arena awal pagi semalam. – AFP

AMSTERDAM – Bintang Barcelona, Memphis Depay berada dalam kelas tersendiri apabila meledak hatrik membantu Belanda membelasah Turki 6-1 pada aksi Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022 di Amsterdam Arena awal pagi semalam.

Hatrik itu juga menyaksikan Depay kini sudah menjaringkan lima gol dalam dua perlawanan terakhir bersama The Oranje selepas terdahulu meledak dua ja­ringan ketika menewaskan Montenegro 4-0 pada Ahad lalu.

Ketua jurulatih Belanda, Louis van Gaal tanpa berselindung menyifatkan, skuad bimbingannya mampu berada pada satu tahap yang lebih baik selepas berpuas hati dengan prestasi semasa dipamerkan anak-anak buahnya dalam dua aksi tersebut.

“Anda layak mendapat penghormatan dengan kemenangan besar 6-1 dan nilah salah satu sebab saya terima jawatan sebagai ketua jurulatih Belanda.

“Para pemain tahu apa yang saya mahukan apabila turun beraksi di atas padang. Mereka memberikan segala-galanya buat negara ini sekali gus membawa hasil yang cukup lumayan.

“Saya sangat gembira dengan suasana dalam pasukan sekarang. Saya percaya kekuatan pasukan ini akan meningkat ke satu tahap yang lebih membanggakan,” katanya.

Selain tiga gol Depay, tiga lagi jaringan Belanda dalam perlawanan itu berjaya diperoleh menerusi Davy Klaasen, Guus Til dan Donyell Malen.

Salah satu faktor utama The Oranje terlalu unggul buat Turki adalah disebabkan lawan itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas bek tengah Leicester City, Caglar Soyuncu diarahkan keluar padang kerana menerima layangan kad merah pada separuh masa pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI