fbpx

Guna lagu ‘remix’ azan, stesen Mnet dituntut mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANCANGAN Street Woman Fighter sudah ditayangkan sebanyak tiga episod sejak 24 Ogos lalu.

PETALING JAYA – Salah sebuah stesen televisyen di Korea Selatan, Mnet menuai kecaman hebat penggemar muzik K-pop di seluruh dunia apabila bertindak menggunakan laungan azan dalam sebuah program terbitannya.

Perbuatan tersebut dilakukan Mnet dalam program Street Woman Fighter dengan menggunakan laungan azan yang telah di’remix’ bersama lagu lain.

Mnet menggunakan bunyi azan pada bahagian intro lagu latar dalam episod awal rancangan tersebut yang dimuat naik menerusi saluran YouTube milik mereka, 24 Ogos lalu.

Perkara berkenaan kemudian mendapat perhatian peminat terutamanya yang beragama Islam kerana mereka kecewa dan marah dengan tindakan biadab stesen tersebut.

Rata-ratanya meluahkan rasa kesal sehingga perkara tersebut trending dalam laman sosial seperti Twitter dengan peminat membangkitkan kemarahan menerusi tanda pagar #mnetapologize.

Netizen dan peminat yang mengetahui akan hal tersebut pantas mengecam pemilihan lagu yang dilakukan Mnet dan menyerang akaun media sosial rasmi stesen berkenaan.

Malah peminat juga menuntut Mnet membuat permohonan maaf kerana telah melukakan hati penggemar K-pop terutamanya mereka yang beragam Islam.

Selepas perkara tersebut tular, netizen mendapat tahu bahawa lagu yang digunakan dalam program berkenaan sebenarnya merupakan lagu sebuah kumpulan Inggeris bernama Losers.

Tidak berdiam diri, netizen turut menyerang video klip lagi yang diberi judul Azan tersebut dalam YouTube dan mengecam kumpulan itu kerana memperlekehkan agama orang lain.

Street Woman Fighter merupakan program pertandingan menari yang menampilkan peserta wanita dan dihoskan oleh penyanyi terkenal, Kang Daniel sementara kerusi juri diduduki oleh Psy di samping BoA dan Taeyoung NCT. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI