fbpx

Gagal seludup 4 tan ketum ke Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsudin (tengah) menunjukkan sebahagian daun ketum yang cuba diseludup ke Kelantan melalui Baling, pada petang semalam.

BALING – Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas empat tan daun ketum bernilai RM40,000 yang disyaki cuba diseludup dari Pendang dekat sini ke Kelantan di sekatan jalan raya (SJR) Simpang Jerai, Kupang dekat sini semalam.

Kedua-dua suspek iaitu pemandu lori berusia 38 tahun dan kelindan berumur 20 tahun ditahan ketika dalam perjalanan dari arah Kupang menghala Gerik dengan menaiki sebuah lori kontena jenis Volvo kira-kira pukul 2.50 petang.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menahan lori dinaiki dua suspek terbabit.

“Hasil pemeriksaan menemui longgokan 400 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum yang dibalut dengan plastik lut sinar di dalam kontena,” katanya ketika ditemui di IPD Baling di sini hari ini.

Kata beliau, kesemua daun yang ditemui seberat empat tan itu dianggarkan bernilai RM40,000 berdasarkan harga pasaran negeri ini iaitu RM10 sekilogram.

“Harga pasaran di Kelantan atau Selatan Thailand pula boleh mencecah antara RM80 hingga RM120 sekilogram,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI