fbpx

ERL beroperasi semula 13 September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit kendalian Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) akan beroperasi semula secara perkhidmatan bergabung mulai 13 September ini.

ERL dalam satu kenyataan berkata, langkah tersebut adalah susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, yang membenarkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor untuk beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara.

“Tren akan bergerak dari pukul 6 pagi hingga 10.10 malam setiap satu jam sepanjang tempoh operasi dan jadual tren akan disesuaikan kemudian mengikut pertambahan jumlah penumpang.

“Sempena pengoperasian semula ini juga ERL sekali lagi menawarkan Kad Perjalanan Mingguan Percuma dengan setiap pembelian Kad Perjalanan Bulanan Transit KLIA menggunakan MyKad yang berdaftar secara serta-merta sehingga 30 November ini, bagi menggalakkan lebih ramai penumpang kembali ke pejabat dengan menaiki perkhidmatan awam setiap hari,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu ERL memaklumkan Kad Perjalanan Bulanan itu turut menawarkan penjimatan besar kepada pengguna dengan diskaun yang tinggi iaitu sehingga 83 peratus.

Dalam pada itu, ERL turut memaklumkan 99 peratus kakitangannya termasuk 100 peratus petugas barisan hadapan dan operasi syarikat itu telah menerima vaksinasi lengkap dengan hanya segelitir belum berbuat demikian berikutan masalah kesihatan dan perubatan.

Terdahulu, perkhidmatan tren ERL dihentikan sementara waktu bermula 4 Jun lepas apabila penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi susulan pelaksanaan sekatan penuh, selepas mendapat persetujuan Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI