fbpx

Budak tetap sayang bapa biarpun kena pukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan kanak-kanak tersebut mempertahankan bapanya selepas dipukul seorang lelaki.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang dipercayai memukul anaknya sehingga tersungkur di atas jalan yang dipercayai di Chow Kit, Kuala Lumpur telah mengundang kemarahan orang ramai semalam.

Menerusi satu perkongsian video oleh @admqrie yang tular di Twitter semalam, kelihatan seorang lelaki telah memberi amaran kepada seorang bapa kerana memukul anaknya sendiri.

Berdasarkan sebuah video berdurasi dua minit yang dikongsi @admqrie di Twitter, lelaki itu dipercayai telah memukul anaknya selepas ditegur oleh seorang lelaki lain kerana kecuaiannya menjaga kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan budak itu hampir dilanggar oleh kereta ketika sedang melintas jalan raya.

Bagaimanapun, kanak-kanak perempuan itu dilihat mempertahankan bapanya selepas dipukul oleh seorang lelaki.

“Dia lempang anak dia sampai terjatuh, kasihan budak itu, patutlah dia tak nak ikut bapa dia,” kata @FatinIqaa.

“Anak dia sanggup mempertahankan bapanya walaupun sudah kena pukul sampai macam itu sekali, saya harap adik sentiasa sihat,” ujar @MuhdFarhanx.

“Saya memang marah dengan apa yang bapanya lakukan kepada anaknya, tapi dalam masa sama rasa sebak sebab adik itu sanggup pertahankan ayahnya,” @FaizMohdRais. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI