fbpx

Lelaki kumpul stokin busuk sebagai koleksi peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki sanggup membayar sehingga RM1,000 untuk membeli stokin busuk dan kotor daripada individu tidak dikenali bagi memenuhkan koleksinya. - Twitter

LONDON – Seorang lelaki di Hull, Britain mempunyai satu tabiat pelik iaitu suka membeli stokin kotor dan busuk untuk dijadikan koleksi peribadi, lapor laman berita Wionews, semalam.

Lelaki yang dikenali sebagai D, 33, sanggup berbelanja sekitar £200 (RM1,145) setiap bulan untuk membeli stokin terpakai, kotor atau lama.

Ahli perniagaan itu menggelarkan dirinya penggemar obsesi terhadap kaki yang memiliki hobi membeli stokin busuk dan mengagumi kaki orang yang kotor.

Menurut D, dia akan menghantar mesej kepada pengguna media sosial secara rawak dan memberi mereka peluang untuk menjana wang dengan menjual stokin kotor yang tidak dicuci dan tidak bersih.

Dia juga menganggap dirinya sebagai lelaki normal dan berpendapat bahawa hobi itu sama sekali tidak berbahaya.

Selain gemar membeli stokin kotor, D juga sanggup membayar wang tunai kepada golongan wanita berusia 21 hingga 38 tahun untuk merakam video kaki mereka yang kotor dan dijual kepadanya pada harga £30 (RM171) setiap satu.

Dia turut mendedahkan bahawa akan mencium dan menjilat koleksi stokin busuknya sekali sekala sebagai satu kepuasan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN