fbpx

KDA FC sekadar seri dengan UiTM FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain KDA FC, Renan Da Silva Alves diasak pemain UiTM FC, Victor Clotaire Michel Nirennold dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, malam ini. - SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Tanpa beberapa pemain utama termasuk Kpah Sherman dan Rabih Ataya yang perlu berkhidmat untuk skuad kebangsaan masing-masing, Kedah Darul Aman (KDA FC) sekadar mencatat keputusan seri menentang UiTM FC di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Keputusan itu bagaimanapun sudah cukup untuk meletakkan pasukan kembali berada di tangga kedua Liga Super selepas mengumpul 40 mata dengan kelebihan gol mengatasi Penang FC.

Kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar terlebih dahulu membuka jaringan apabila menanduk bola hantaran silang pemain sayap berpengalaman, Azmauddin Akil pada minit ke-36.

Kelebihan itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila UiTM dihadiahkan sepakan penalti dua minit kemudian menerusi sepakan penalti disempurnakan Dennis Buschening.

Hanya seminit selepas babak kedua dimulakan, pasukan pelawat berada di depan apabila tonggak pertahanan KDA FC, Renan Alves melakukan kesilapan dengan melakukan hantaran tidak tepat kepada rakan sepasukan, K. Anumanthan.

Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya seorang lagi pemain import UiTM FC, Yonghyun Kwon untuk menyambar bola lalu melepaskan rembatan ke gawang KDA FC menewaskan penjaga gol, Shahril Saari.

Gawang KDA FC bocor sekali lagi pada minit ke-63 apabila tendangan ‘back heel’ dilakukan Ariff Ar-Rashid gagal diselamatkan Shahril Saari.

Pemain gantian KDA FC, Muhamad Fikhrie serta tonggak import dari Ivory Coast, Kipre Tchetche bagaimanapun menyelamatkan maruah tuan rumah apabila masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-72 dan 80 untuk keputusan muktamad 3-3. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI