fbpx

Ahmad Maslan calon ganti Azalina sebagai Timbalan Speaker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan

PETALING JAYA – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merupakan satu-satunya calon dari blok kerajaan untuk dicalonkan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat baharu bagi mengantikan Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletakkan jawatan.

Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz yang mengadakan pertemuan dengan Ahmad berhubung pencalonan itu dan Ahli Parlimen Pontian tersebut menyatakan persetujuan.

“Betul, Datuk Seri Ahmad Maslan menjadi calon bagi blok kerajaan untuk Timbalan Speaker dan kita telah bertemu dengannya dan beliau bersetuju.

“Saya berharap pencalonan ini diterima semua wakil rakyat kerajaan termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan pihak pembangkang termasuk Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan kedudukan Yang Dipertua Dewan Rakyat dipercayai tidak berubah dengan Datuk Azhar Azizan Harun kekal manakala jawatan timbalannya yang kosong akan diisi oleh Ahmad.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI