fbpx

Lebih 1.44 juta kes Covid-19 tiada sejarah vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 91.5 peratus atau 1,721,274 kes yang dilaporkan daripada keseluruhan 1,880,734 kes Covid-19 yang dilaporkan setakat ini membabitkan individu tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap divaksin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mendedahkan bahawa sebanyak 1,441,205 kes (76.6 peratus) terdiri daripada mereka tiada sejarah vaksinasi.

Beliau berkata, 280,069 kes atau 14.9 peratus pula adalah mereka yang tidak lengkap divaksinasi manakala baki 159,460 kes (8.5 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

Menurutnya, bagi pecahan kes harian pula, 308 kes (1.66 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala, 18,239 kes (98.34 peratus) lagi terdiri daripada kategori satu dan dua.

Situasi itu katanya, jelas menunjukkan individu yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk.

“Perkembangan positif ini dapat terus dilihat sekiranya Malaysia telah mencapai kadar vaksinasi yang lebih tinggi. Justeru, mereka yang belum mengambil vaksin Covid-19 dinasihatkan segerakan pengambilan vaksin bagi melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan dijangkiti.

“Pada masa yang sama masyarakat diingatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengurangkan risiko dijangkiti,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI