fbpx

Ed Sheeran pernah mahu berhenti menyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ED SHEERAN

PENYANYI Ed Sheeran mendedahkan bahawa dia pernah nekad untuk berhenti daripada meneruskan kariernya sebagai penyanyi selepas menimang cahaya mata sulungnya, Cherry, tahun lalu.

Menerusi temu bual bersama majalah CG Magazine, Sheeran memutuskan untuk mengakhiri kariernya sebagai penyanyi kerana ingin menjadi ayah yang baik dengan menghabiskan masanya bersama keluarga.

“Saya benar-benar ingin berhenti daripada menyanyi dan tidak akan memegang gitar lagi,” katanya.

Bagaimanapun, atas nasihat rakan baiknya yang juga penyanyi, Taylor Swift, Sheeran akhirnya menarik semula niatnya itu atas beberapa alasan tertentu.

Dia kemudiannya mahu anaknya membesar dan melihat dirinya sebagai seorang penyanyi yang hebat. Malah, penyanyi itu juga mahu anaknya berasa bangga kerana mempunyai seorang bapa berbakat besar dalam bidang muzik.

“Saya ingin melihat anak saya membesar dengan bahagia kerana mempunyai seorang ayah yang cukup terkenal dengan karya-karya hebat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI