fbpx

Ibu bapa cungkil mata anak akibat ilmu hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu turut dibantu oleh nenek, datuk dan bapa saudara mangsa. - Shutterstock

JAKARTA – Sepasang pasangan suami dan isteri tergamak mencungkil mata anak mereka sendiri dipercayai kerana mempelajari ajaran ilmu hitam, lapor laman Merdeka.com semalam.

Malah, perbuatan pasangan dari Gantarang, wilayah Gowa di Sulawesi Selatan itu turut dibantu oleh nenek, datuk dan bapa mangsa.

Akibat perbuatan itu, mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Syech Yusuf selepas matanya luka teruk selain dirinya hampir menjadi buta.

Memetik laporan stesen Liputan6.com, bapa saudara mangsa yang dikenali sebagai Bayu berkata ketika kejadian, dia telah masuk ke rumah mangsa dan terdengar mangsa sedang menjerit dengan kuat.

Bayu kemudian melihat ibu dan bapa mangsa sedang cuba untuk mencungkil mata anak mereka sementara datuk, nenek dan seorang lagi bapa saudara mangsa sedang memegang tubuhnya.

Menurut Bayu, mereka bertindak begitu kerana sedang mempelajari ilmu hitam yang bertujuan untuk mendapat kekayaan.

Perbuatan tersebut mendapat perhatian netizen di media sosial yang rata-ratanya berang dengan tindakan ibu dan bapa mangsa.

“Semoga penglihatan mangsa akan kembali pulih. Saya tidak dapat membayangkan kesakitan yang dilalui kanak-kanak itu,” tulis seorang netizen.

“Amat menyedihkan. Keluarga yang seharusnya menjadi tempat kanak-kanak berlindung malah membahayakannya. Semoga selepas sembuh, mangsa akan mendapat persekitaran yang baik dan orang-orang yang sayang padanya,” tulis seorang netizen lain. -Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI