fbpx

Cuepacs gesa kerajaan tidak mansuh baki cuti ‘frontliners’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) menggesa kerajaan agar tidak memansuhkan baki cuti seramai 180,000 petugas barisan hadapan yang telah memberi perkhidmatan penuh ketika pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.

Presidennya, Adnan Mat berkata, petugas barisan hadapan telah menyalurkan bakti dan kebanyakan cuti mereka tidak dapat dihabiskan dalam masa ditetapkan.

“Kita memohon pertimbangan pihak kerajaan supaya cuti tahunan mereka tidak dilupuskan dalam tempoh tiga tahun. Ia perlu dipanjangkan dalam tempoh lima tahun sehingga mereka mampu mengambil cuti kelak.

“Kita juga mengharapkan baki cuti ini dapat dibayar sekiranya mereka tidak dapat menghabiskan baki cuti. Langkah ini sesuai dan sama seperti yang telah dilakukan di Singapura,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Lawatan Presiden Cuepacs Malaysia ke Pusat Pemberian Vaksin Awam Kota Bharu di sini hari ini.

Beliau berkata, Cuepacs turut memohon supaya baki cuti terbabit dimasukkan dalam gantian cuti rehat selama 15 hari seperti amalan biasa yang dilaksanakan sebelum ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI