fbpx

Liputan lebih baik di 17 kawasan di Paya Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai MCMC membuat pemeriksaan kualiti liputan internet di Felda Lepar Utara 4, Pahang baru-baru ini. Foto Ihsan MCMC

CYBERJAYA – Perkhidmatan internet di 17 buah penempatan di Paya Besar, Pahang terus dipertingkatkan di bawah manfaat Pelan JENDELA setelah siapnya sebuah menara baharu dan 19 stesen pemancar yang telah dinaik taraf sehingga 31 Ogos lalu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan hari ini berkata, antara kampung yang mendapat manfaat berkenaan ialah Felda Bukit Sagu 1, Bukit Gambang Resort City, Felda Lepar Hilir 1, 2 dan 3, Felda Panching Timur, dan Felda Bukit Sagu 4.

Katanya, selain itu ialah Kolej Matrikulasi Pahang, Sungai Semuji, Lebuhraya Pantai Timur (LPT1), Sri Jaya Interchange, kawasan Rehat Dan Rawat Gambang, Kampung Gelugor, Kampung Kolek, Kampung Batu 37, Kampung Paya Bungor Kiri dan Kampung Semuji.

“Secara keseluruhannya di bawah Pelan JENDELA di Paya Besar, sebanyak 23 menara baharu akan dibina dan 67 stesen pemancar sedia ada akan dinaik taraf ke rangkaian 4G.

“Bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap pula, sebanyak 4,545 premis akan disediakan dengan capaian rangkaian gentian optik,” katanya.

MCMC berkata, kerja-kerja perlaksanaan projek JENDELA dijangka siap secara berperingkat bermula penghujung Disember ini sehingga penghujung Mac tahun hadapan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI