fbpx

Lelaki sakit jantung pengsan cuba selamat kambing terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
D. Muniama sedih melihat kandang kambingnya yang musnah bersama 10 ekor kambing rentung dalam kejadian kebakaran awal pagi ini di Jalan Taman Temerloh Jaya Indah di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Seorang lelaki yang mengalami sakit jantung pengsan ketika cuba menyelamatkan kambing peliharaannya yang rentung terbakar di Jalan Taman Temerloh Jaya Indah di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu kandang kambing yang terletak di sebelah rumah mangsa, N. Krishnan 60 terbakar menyebabkan 10 ekor kambing peliharaannya rentung.

Isteri mangsa, D.Muniama,60, berkata, sejurus menyedari berlaku kebakaran kira-kira pukul 5 pagi dia terus menjerit dan memberitahu keluarganya yang berada di dalam rumah.

“Saya bersama suami dan anak yang terkejut terus bergegas keluar untuk membuka kandang kambing dan mencari kayu atau besi untuk membuka pintu tetapi gagal kerana api sudah marak.

“Pada masa ini kami hanya mendengar bunyi kambing dan tiba-tiba suami saya yang agak terkejut pengsan sebelum sedar semula tidak berapa lama,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Muniama jiran berhampiran yang mula melihat kejadian kebakaran segera menghubungi pihak bomba yang bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, meskipun mengalami kerugian dia bersyukur kerana suaminya yang mengalami masalah jantung telah kembali sihat seperti biasa dan berehat di rumah kedai miliknya di kawasan berhampiran.

Dia memberitahu setakat ini sebanyak 10 ekor kambing peliharaanya rentung manakala 20 lagi yang terselamat mengalami kecederaan akibat melecur.

“Saya tidak pasti lagi jumlah kerugian dan punca kejadian, saya dan keluarga tidak ada bergaduh dan bermusuh dengan sesiapa,”katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba Temerloh, Jalailudin Abdul Mubin berkata, bomba yang menerima panggilan pada pukul 5.01 pagi sampai di lokasi kejadian kira-kira pukul 5.16 pagi.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu yang hanya melibatkan 10 ekor kambing yang dipercayai rentung akibat kebakaran. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI