fbpx

Ketua ajaran sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita yang disyaki ketua kumpulan PMYT ditahan polis baru-baru ini. Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis menahan seorang wanita yang dipercayai ketua ajaran sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, wanita tempatan berusia 39 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan pada 29 Ogos lalu berhubung satu rakaman video dimuat naik di YouTube milik suspek.

“Setakat ini terdapat enam laporan polis diterima berhubung isu sama dibuat di lima balai polis berasingan.

“Suspek dalam kes ini ada membuat laporan penafian dan menyatakan tidak pernah mewujudkan kumpulan ajaran sesat atau apa-apa kumpulan serta ajaran yang bertentangan dengan Islam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek juga menafikan kesemua tuduhan terhadapnya termasuk tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Polis merampas lima unit telefon bimbit, kad bank, resit bank melibatkan trnasaksi berjumlah RM84,721.42 dan sepasang telekung warna putih dipercayai digunakan wanita itu semasa membuat siaran langsung di Facebook.

“Permohonan reman terhadap suspek dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan dibenarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selama empat hari sehingga 7 September ini,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama dan menyebarkan berita palsu.

Turut disiasat Seksyen 233 Akta Komunikadi Dan Multimedia 1998. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI