fbpx

Saya bukan ‘scammer’ jual tudung Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Fadilah Mohamad menunjukkan laporan polis dan IG 'scammer' yang menggunakan gambar dan namanya pada sidang media di Seri Manjung hari ini.

LUMUT – Seorang peniaga produk kecantikan kini tertekan apabila nama dan gambarnya digunakan tidak bertanggungjawab bagi melakukan penipuan dalam urus niaga Tudung Fazura sehingga tular dalam media sosial.

Noor Fadilah Mohamad, 34, berkata, dia hanya mengetahui perkara tersebut Isnin lalu setelah diberitahu seorang rakan setelah melihat akaun instagram (IG) dan WhatsApp menggunakan gambar dan namanya menjual tudung artis tersebut yang nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin.

“Saya menafikannya kerana tidak menggunakan IG untuk sebarang urus niaga tetapi hanya menggunakan media sosial Facebook (FB) untuk menjual produk kecantikan jenama sendiri dan mengimport produk dari China secara sah sejak dua tahun lalu.

“Saya pemilik syarikat ASKED Enterprise yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mahu membersihkan nama saya yang tidak terlibat dalam sebarang urus niaga berunsur penipuan,” katanya ketika ditemui pemberita di Seri Manjung di sini hari ini.

Susulan itu, Noor Fadilah telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada Selasa lalu sebelum Fazura memuat naik IG ‘scammer’ tersebut dalam ‘Instastory’ pelakon itu keesokan harinya.

Kata Noor Fadilah, perkara itu menyebabkan emosinya terganggu selain bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga selepas identitinya dikongsi orang ramai dalam media sosial dan digambarkan sebagai ‘scammer’.

Ujarnya, walaupun gambar dan nama digunakan adalah sama tetapi nombor telefon dan akaun bank yang terpapar pada IG dan WhatsApp ‘scammer’ itu bukan miliknya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI