fbpx

NGO serah memorandum bantah nyahwarta HSKLU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Razak (tengah), Shariffa Sabrina (dua kiri) dan Shari (dua kanan) dengan selepas penyerahan memorandum bantahan Penyahwartaan HSKLU. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Tindakan kerajaan negeri menyahwartakan seluas 536.7 hektar tanah Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) terus mendapat bantahan yang disifatkan rakus dalam mengorbankan alam sekitar.

Malah, kelulusan pemberimilikan di kawasan nyahwarta kepada sebuah syarikat pemaju turut dipersoalkan berikutan berkemungkinan wujudnya unsur rasuah.

Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail mendakwa, Amirudin menipu kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa kerajaan negeri telah dilucutkan penyahwartaan dalam warta negeri pada 12 Ogos lalu dan menggantikan dengan mewartakan beberapa kawasan hutan seluas 581.48 hektar di sekitar Selangor.

“Kami hairan bagaimana sebuah syarikat yang baru ditubuhkan enam bulan lalu mendapat tanah tersebut dengan harga RM3 satu kaki persegi (0.093 meter persegi).

“Ini tidak masuk akal kerana harga tanah ditawarkan ke syarikat tersebut sangat murah. Kita juga akan membuat laporan polis berhubungnya,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu, Otai Reformis, pertubuhan Gerak 98 dan Pertubuhan Khazanah Alam Malaysia (PEKA) menyerahkan memorandum bantahan kepada pegawai berita pejabat Menteri Besar Selangor, Shari Said, yang mewakili kerajaan negeri di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Sementara itu, Presiden PEKA, Puan Seri Prof. Dr. Shariffa Sabrina Syed Akil menegaskan kerajaan negeri seharusnya mempertahankan HSKLU daripada dibangunkan untuk projek infrastruktur.

“Pembangunan di negeri ini sudah mencukupi, jadi saya rasa tiada keperluan untuk membina lagi infrastruktur di Selangor,” tegasnya.

Dalam pada itu, Pakatan Harapan (PH) Selangor dalam kenyataannya memaklumkan kesemua pengerusi parti komponen terdiri Datuk Seri Amirudin Shari (PKR), Gobind Singh Deo (DAP) dan Ir. Izham Hashim (Amanah) telah bertemu pagi ini bagi membincangkan isu tersebut.

“Semua pihak telah menyatakan pandangan dan keprihatinan masing-masing serta telah bersetuju supaya Amirudin selaku Menteri Besar Selangor membawa isu ini dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu depan untuk dipertimbangkan halatuju dan keputusan dalam isu ini.

“Kesemua pengerusi parti komponen PH komited dalam menjunjung semua prinsip-prinsip asas Pakatan Harapan berkaitan alam sekitar dan agenda kepedulian rakyat sebagai pedoman dan panduan dalam setiap perancangan pembangunan negeri,” jelasnya.

PH Selangor turut menjelaskan bersetuju menolak sebarang usaha untuk menghidupkan semula projek Lebuh Raya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link). -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI