fbpx

Mohamad Nizar rekod perintah persetujuan bayar tunggakan cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nizar.

PUTRAJAYA – Ahli perniagaan, Datuk Mohamad Nizar Najib telah merekodkan perintah persetujuan dengan Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) berhubung pembayaran tunggakan cukai berjumlah RM13.16 juta.

Mohamad Nizar yang juga anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merekodkan perintah persetujuan tersebut pada 26 Ogos lalu.

Sehubungan itu, rayuan beliau di Mahkamah Rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang memberikan penghakiman terus dalam tuntutan saman cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan ditarik balik.

Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Mohamad Nizar memberitahu pihak media, notis penarikan balik rayuan (NOD) telah dihantar kepada cawangan litigasi LHDN melalui emel hari ini dan akan difailkan selepas mendapat kelulusan badan itu.

Beliau memaklumkan perkembangan pengurusan kes hari ini yang dikendalikan secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mariam Hasanah Othman. Peguam Kanan Hasil Muhammad Nabil Abdul Halim mewakili LHDN.

Menurut Yeong Kang, pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 9 September ini agar pihak-pihak memaklumkan perkembangan mengenai status NOD terhadap rayuan.

Pada 24 Julai 2019, LHDN bagi pihak kerajaan memfailkan surat perintah saman terhadap Mohamad Nizar, yang mengarahkannya untuk membayar sebanyak RM13,159,821,94 sepanjang tempoh tahun 2011 hingga 2017.

Selain Mohamad Nizar, Najib dan seorang lagi anak lelakinya Mohd. Nazifuddin turut dikenakan saman cukai masing-masing sebanyak RM1.69 bilion dan RM37.6 juta. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi: 

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI