fbpx

Ziyad tekad untuk bangkit semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIYAD terlepas pingat emas dan rekod dunia selepas penyertaannya dibatalkan kerana didapati lewat tiba di ‘Call Room’ pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Tokyo, Jepun, September lepas.

SELEPAS menyaksikan pingat emas yang dimenangi kelmarin ditarik balik, atlet lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli enggan untuk mudah berputus asa.

Sebaliknya, atlet berusia 31 tahun itu sedia untuk melupakan kekecewaan tersebut dan bangkit dengan semangat baharu pada kejohanan-kejohanan akan datang.

Dalam acara lontar peluru F20 yang berlangsung kelmarin, kemenangan serta rekod dunia 17.94 meter (m) Ziyad direntap selepas kem Ukraine melakukan protes terhadap tiga peserta termasuk jaguh negara itu.

Ziyad serta atlet dari Australia (Todd Hodgetts) dan Ecuador (Jordi Patricio) dibatalkan penyer­taan selepas mereka didakwa lewat melaporkan diri ke ‘call room’ sebelum acara bermula.

“Saya akan bangkit kembali. Terima kasih kerana memberi kata-kata semangat,” katanya menerusi satu kemas kini yang dimuat naik di laman Instagramnya semalam.

Dalam pada itu, pemenang pingat emas Paralimpik Rio 2016 itu juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tidak dapat membawa pulang pingat emas ke tanah air.

“Saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia, terima kasih memberi sokongan kepada saya,” ujar atlet kelahiran Selangor itu bagi menghargai sokongan yang diberikan kepadanya.

Sementara itu, usaha kontinjen Malaysia mengemukan rayuan berhubung penarikan pingat emas Ziyad juga tidak berhasil selepas panel juri Paralimpik menolak permohonan tersebut.

Memandangkan rayuan tersebut ditolak, pingat emas diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval dengan rekod dunia 17.34m sementara pingat perak menjadi milik rakan senegaranya, Oleksandr Yarovyi, manakala gangsa dimenangi atlet Greece, Efstratios Nikolaidis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI