fbpx

[VIDEO] Kena marah tok penghulu langgar kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang lelaki dimarahi penghulu kerana ingkar kuarantin di Padang Besar.

PADANG BESAR – Video seorang penghulu yang memarahi seorang lelaki berusia 21 tahun positif Covid-19 yang ingkar arahan kuarantin di rumah di Kampung Melayu di sini menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Seramai empat penghuni rumah di Kampung Melayu di sini itu diarah menjalani kuarantin di rumah bermula 23 Ogos lalu hingga 5 September ini selepas lelaki terbabit disahkan positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas mengesahkan jumlah keseluruhan RM8,000 kompaun telah dikeluarkan terhadap isi rumah tersebut.

Katanya, kompaun sebanyak RM5,000 dikenakan kepada lelaki itu setelah didapati memotong gelang pink kira-kira pukul 10 malam, 26 Ogos lalu.

“Kompaun sebanyak RM1,500 dikenakan kerana tidak mematuhi SOP apabila membawa masuk rakan ke premis kuarantin.

“Seorang lagi ahli keluarga wanita yang berusia 24 tahun juga dikompaun sebanyak RM1,500 kerana keluar daripada premis kuarantin,” jelasnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen Peraturan 16 P.U. (a) 293/2021 Akta 342, Ordinan Darurat (Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI