fbpx

Jurujual kedai emas terima bungkusan kotak ugutan simbah asid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungkusan kotak mengandungi nota ugutan jenayah termasuk simbahan asid yang dihantar ke rumah mangsa Isnin lalu.

KLANG – Seorang jurujual sebuah kedai perhiasan barang kemas berdepan detik cemas apabila menerima bungkusan kotak nota ugutan jenayah termasuk simbahan asid yang dihantar ke rumahnya di Jalan Kampung Saim di sini, Isnin lalu.

Bungkusan tersebut diterima mangsa berusia 29 tahun kira-kira pukul 6.30 petang sebelum membuat laporan polis satu jam kemudian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd. Khairi Shafie berkata, berdasarkan pemeriksaan menemui satu objek berbentuk tangan dengan kesan cecair berwarna merah.

Katanya, terdapat juga mesej ugutan yang akan mencederakan mangsa dan keluarganya

“Berdasarkan nota diletakkan pengirim kotak itu didapati berunsur cacian berserta ancaman penyimbahan asid kepada muka mangsa dan kawan-kawannya.

“Pengirim kotak itu turut menyatakan akan membakar rumah ibu bapa mangsa selain memintanya berhati-hati ketika pergi kerja di kedainya di sebuah pasar raya di Setia Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mangsa juga telah menerima beberapa pesanan mesej di aplikasi WhatsApp berbaur lucah dan ugutan dari nombor tidak dikenali pada keesokan harinya.

Justeru, Mohd. Khairi menegaskan pihaknya kini sedang mengesan pengirim bungkusan dan pemilik nombor telefon yang terlibat itu.

“Pihak polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan telah memanggil mangsa untuk dirakamkan keterangan.

“Orang ramai diminta supaya menghentikan perbuatan tidak bermoral serta menyalahi undang-undang yang boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat,” jelasnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI