fbpx

Jenazah anggota tentera lemas selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Koperal Mohamad Azrin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang Dalam, Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Jenazah anggota Tentera Darat (TDM), Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa yang ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang ketika menjalani latihan taktikal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang Dalam di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham Mohamad Azrin tiba di tanah perkuburan pada pukul 1.22 petang dan urusan pengebumian yang dilakukan dengan penuh istiadat ketenteraan selesai kira-kira 40 minit kemudian

Hadir sama pada majlis pengebumian ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Terdahulu, jenazah anggota Tinjau pasukan Kompeni Pandura itu diterbangkan menggunakan pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara (PU) Kuantan ke PU Butterworth, Pulau Pinang.

Jenazah kemudian tiba di Surau Al-Firdaus di sini pada pukul 12.40 tengah hari untuk disembahyangkan seterusnya dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Urusan pengebumian dilakukan Unit 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (19 RAMD).

Majlis pengebumian jenazah Allahyarham dihadiri isteri arwah, Nor Aqila Syafiqa Safuan serta ahli keluarga, sanak-saudara, penduduk kampung dan rakan-rakan anggota tentera itu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI