fbpx

Tiada kematian akibat vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak merekodkan kematian yang berpunca daripada penerimaan vaksin Covid-19 sejak Program Imunisasi Covid-19 (PICK) dilaksanakan pada 24 Februari lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, menerusi sistem pelaporan berkaitan kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI), hanya 0.04 daripada 1,000 dos dikategorikan sebagai serius.

Beliau berkata, jumlah itu adalah daripada kadar keseluruhan laporan yang diterima iaitu 0.53 daripada 1,000 dos.

“Kebanyakan daripada kes yang mengalami kesan sampingan teruk ini hanya memerlukan tempoh rawatan singkat di hospital,” katanya dalam sidang akhbar di KKM hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, sehingga 30 Ogos lalu, sebanyak 34,455,366 juta vaksin telah diberikan kepada orang ramai sejak PICK dimulakan pada 24 Februari lepas.

“Daripada jumlah itu, hanya 20.7 daripada 1,000 dos yang diberikan menerima laporan gejala ringan di MySejahtera.

“Kesan sampingan ringan yang dilaporkan antaranya sakit di bahagian suntikan, sakit kepala dan kelesuan dalam kalangan penerima vaksin,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI