fbpx

Panel solar jimatkan bil elektrik MBI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi (barisan depan tengah) selepas meninjau bumbung panel solar di bangunan UTC Perak di Ipoh tadi.

IPOH – Sebanyak RM2.1 juta penggunaan bil elektrik dapat dijimatkan untuk tempoh 21 tahun menerusi pemasangan bumbung panel solar di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di sini selain menyokong ushaha kelestarian alam.

Pemasangan panel solar itu adalah kerjasama yang dimeterai antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat GSPARX pada 23 Mac lalu,

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pemasangan panel solar fotovoltaik (PV) di bangunan UTC Perak ini telah siap sepenuhnya pada hujung Julai lalu.

Menurut beliau, projek tersebut dianggarkan mampu memberi menjimatkan RM47,964 bil elektrik pada tahun pertama projek.

“Pemasangan panel solar ini merupakan MBI dengan TNB bagi tempoh 21 tahun kontrak Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE).

“Ia bertepatan dengan usaha MBI untuk mencapai matlamat menjadi bandaraya pintar lestari dan rendah karbon yang lebih bersih, hijau dan lebih maju,” ujarnya selepas meninjau panel solar berkenaan di bangunan UTC di sini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI