fbpx

Kanak-kanak terselamat kayu tembusi kantung skrotum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar imbasan x-ray yang menunjukkan keadaan kayu tersebut ketika menembusi kemaluan kanak-kanak berkenaan. - Laporan Kes Urologi

JAKARTA – Seorang kanak-kanak terselamat selepas sebatang kayu sepanjang lima sentimeter menembusi kantung buah zakarnya selepas dia terjatuh dari sebatang pokok, lapor akhbar The Sun semalam.

Kanak-kanak berusia 11 tahun itu dilaporkan sembuh sebulan selepas insiden tersebut meskipun  kehilangan beberapa milimeter daripada testikelnya.

Ketika kejadian, dia sedang memanjat sebatang pokok, namun hilang imbangan secara tiba-tiba yang  mengakibatkannya terjatuh.

Kanak-kanak berkenaan dikejarkan ke hospital empat jam selepas kemalangan berlaku.

Gambar hasil imbasan doktor menunjukkan terdapat sebatang kayu  menembusi bahagian bawah kiri skrotum kanak-kanak terbabit.

Doktor turut mengimbas bahagian tersebut bagi mengesahkan bahawa testikelnya tidak mengalami kerosakan sebelum mengeluarkan kayu tersebut.

Sebaik kayu itu dicabut, kanak-kanak berkenaan diberikan ubat  antibiotik dan suntikan tetanus bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman.

Sebulan selepas dirawat, kanak-kanak tersebut dilaporkan telah sihat sepenuhnya.

Dalam pada itu, seorang pakar bedah urologi , Jonathan Glass berkata, kanak-kanak tersebut bernasib baik kerana kayu itu tidak mengenai testikel atau arteri utama yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan serius.

“Kecederaan yang akan mengubah seumur hidupnya akan berlaku sekiranya kayu itu mengenai uretra, testis atau zakar.

“Bahagian-bahagian lain yang turut berisiko adalah pundi kencing, usus kecil dan besar serta arteri dan urat-urat utama,” jelasnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI