fbpx

Lelaki paku buah zakar sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paku berukuran 6 sentimeter panjang dipahat di dua tempat berbeza dengan serpihan lain tersangkut di sendi antara tulang pelvis pesakit. – Getty Images

TUNIS, TUNISIA – Seorang lelaki di  Tunisia menusuk kantung skrotumnya menggunakan dua batang paku selepas mendakwa dia  menerima arahan daripada ‘seseorang’ dalam imaginasinya, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Berdasarkan kes yang disiarkan dalam jurnal Urology Case Records, doktor berkata, paku berukuran panjang  6 sentimeter itu dipahat di dua tempat berbeza dengan serpihan lain tersangkut di antara tulang pelvis pesakit.

Walaupun mengalami kecederaan parah,  kakitangan Hospital La Rabta berkata, lelaki berusia 23 tahun yang namanya tidak didedahkan itu pulih dengan baik dan terselamat tanpa sebarang kerosakan berpanjangan pada buah zakarnya.

Dia diberikan suntikan tetanus untuk mengelak jangkitan bakteria selain kuku serta tisu kulit mati turut dibuang.

Pesakit berkenaan dibenarkan keluar selepas hanya satu hari ditahan di hospital. 

Dia kemudian dirujuk kepada pakar psikiatri yang mengesahkan pesakit mempunyai masalah kesihatan mental yang serius.

“Dalam kes tersebut, pesakit itu mengalami skizofrenia. Di bawah arahan orang imaginasinya, dia memasukkan objek ke dalam skrotumnya,” tulis doktor dalam laporan berkenaan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI