fbpx

Bonnie, Yhie Kee disambut sebagai wira Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BONNIE (dua dari kanan) dan Yhie Kee (kanan) disambut sebagai wira negara sekembalinya ke tanah air di KLIA, Sepang baru-baru ini.

SEPANG – Dua jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin yang meraih pingat emas dan Jong Yhie Kee, memperoleh pingat Perak pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 telah tiba di tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang petang tadi.

Kepulangan kedua-dua wira negara pada pukul 5.20 petang dari Narita, Jepun disambut oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sambil diiringi timbalannya, Datuk Seri Ti Lian Ker.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Belia Sukan Negara (KBSN), Datuk Dr. Wasitah Mohd. Yusof dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Ahmad Faizal berkata, kepulangan Bonnie dan Yhie Kee amat dinantikan-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia kerana kejayaan mereka membawa pulang pingat emas pertama serta perak buat negara bagi acara powerlifting pada temasya terkemuka dunia.

“Saya turut optimis bahawa jumlah pungutan pingat negara akan terus berganda pada kejohanan Paralimpik kali ini melalui beberapa atlet para negara lain seperti Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly yang bakal beraksi di temasya sukan berkenaan,” kata Ahmad Faizal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI