fbpx

Bekas Presiden ABIM meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Dr. Siddiq Fadhil

PETALING JAYA – Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Dr. Siddiq Fadhil dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik melalui ciapan di Twitternya sebentar tadi memaklumkan perkara tersebut.

“Dengan rasa sedih dan penuh dukacitanya disampaikan bahawa Ustaz Dato Dr Siddiq Fadhil (USF) telah kembali menemui Penciptanya pada jam 6:32 petang Selasa 31 Ogos 2021,” tulis Maszlee.

Punca kematian Allahyarham masih belum dipastikan dan difahamkan beliau meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Bangi.

Terdahulu, Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Annur di Bangi dan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Selain menjadi Presiden ABIM ketiga, Siddiq, 74, tokoh pemimpin gerakan Islam itu juga pernah dilantik sebagai Presiden Kolej Dar al-Hikmah dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI